Pertandingan Melukis Komik | Menangi Hadiah Wang Tunai
Salam dan khabar baik warga WC,
Walaupun dah banyak pertandingan sekarang ini, saya ingin memeriahkan lagi suasana di forum WC dengan
Pertandingan Komik Komputer di Wanita & Komputer
Jika selama ini, anda melukis komik secara suka2. Apa kata anda tunjukkan pula skill anda yang mampu membuatkan anda memenangi RM100?
Penerangan lanjut untuk anda yang berminat di bawah..
Selamat melukis!!
PS: Jika saya tak membalas sebarang pm anda atau thread di sini, boleh email saya di admin [at waidakmy.com.
Quote:
Pertandingan Komik Komputer di WaidaKmy.comPertandingan ini ada 2 bahagian. Yang pertama, komik anda akan dikumpulkan dalam tempoh 2 minggu. Bahagian kedua, proses pengadilan komik akan bermula, juga dalam masa 2 minggu.
Apa yang perlu anda buat di…
Pusingan Pertama (4/8 sehingga 18/8)
* Lukis komik bertemakan komputer. Tema mesti tepat, bukan setakat lukis komputer dalam komik
* Komik mestilah kreatif dan tidak memboringkan. Yang penting, sesiapa pun boleh teruja jika membacanya
* Komik boleh berbentuk cerita panjang, atau pendek, tiada had (tapi jangan lah sampai jadi komik bersiri pula)
* Komik mestilah jelas warna dan tulisannya (sesuai untuk dipaparkan pada blog ini)
* Komik mesti berbahasa melayu
* Komik mestilah mempunyai “isi”. Tidak dibenarkan unsur2 slapstik, diskriminasi atau lucah. Penyertaan akan dibatalkan serta-merta jika syarat ini dilanggar
* Hint : Markah akan diberi lebih jika anda dapat menggunakan apa2 yang terdapat di blog ini dalam komik anda Fikir2kan…Pusingan Kedua (19/8 sehingga 2/9)
* Komik yang telah anda lukis, hantarkan kepada admin [at waidakmy.com sebelum atau pada 18/8.
* Setiap komik yang dihantar, akan dipaparkan pada blog waidakmy.com
* Selama 2 minggu, saya perlukan anda (ya , pembaca blog ini ) untuk undi komik kegemaran anda.Kriteria Pemarkahan
50% dari undi pembaca2 blog waidakmy.com
50% pula dari saya. Komik anda akan dinilai mengikut unsur2 seperti yang diterangkan di atas. (Markah lebih jika dapat menangkap hint yang saya maksudkan )
Peraturan & Syarat Pertandingan
* Peserta paling minima 1 orang, dan tidak lebih dari 2 orang
* Plagiat adalah dilarang sama sekali. Komik mesti lah yang original.
* Saya berhak menambah atau membuang peraturan & syarat pertandingan pada bila2 masa. Peraturan & syarat pertandingan di waidakmy.com adalah paling utama, Jika ada perbezaan peraturan di antara website2 lain. Rajin2 lah bertandang ke sini selalu…heh
* Keputusan akhir pertandingan tertakluk kepada pihak waidakmy.comBagaimana dengan hadiah?
Tempat 1 - Wang tunai RM100
Tempat 2 - Wang tunai RM50
Tempat 3 - Wang tunai RM30
Pemenang Peraduan Komik Komputer akan diumumkan selewat2nya pada 3/9 di blog waidakmy.com
Jika anda suka melukis komik, apa kata anda cuba? Mungkin boleh menang duit RM100. Siapa tahu?
Jangan lupa wara2 kan kepada kawan2 anda












August 9th, 2008 at 10:14 am
Emio,
terima kasih promote pertandingan ni
ps: emio tak mahu masuk? lawa juga komik2 ni? heh
August 9th, 2008 at 4:53 pm
@WaidaKmy: timaseyy..ada gak komen dr tokey pertandingan ..hehehe
nak masuk ? ok gak.. tp sempoi2 je le..