Buang
Wednesday, November 7th, 2007Semalam berjalan-jalan ke seminar PhotoshopWorld di Hotel Mandarin Oriental. Buang masa dan buang duit.
Buang masa - mencari parkir selama 15 minit. Akhirnya keluar dan parkir di luar
Buang masa - tiada maklumat menarik. Memang pun. Ini bukan tutorial.
Buang duit - mencari parkir selama 15 minit. Caj dikenakan RM6.00
Buang duit - parkir di luar. Caj sekali masuk RM6.00
Buang duit - makan tengahari di Aquaria. Kalau hari-hari duduk kerja di kawasan ini, memang bengkok tulang jari tangan jawabnya.











